Friday 3 June 2011

SAJAK BUAT GURU

Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan 
bersama sederetan beban tambahan 
untuk tiap minit dan jam

Guruku adalah segalanya 
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia

Guruku mengajar pelbagai kurikulum 
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya  degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga

Ke mana sahaja pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagai ejen budaya
pemimpin tanpa pilihan raya

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
sengcapkan kata syahdu
Selamat Pagi, cikgu.


Saiful
SMK MAHSURI.

No comments:

Post a Comment